Mohd Amin menegaskan pentingnya generasi muda diberi pendedahan mengenai seni pembuatan replika rumah tradisional yang bukan sahaja unik tetapi juga berpotensi menjadi sumber pendapatan.
Pemilihan rumah bagi projek sulung itu adalah kerana kediaman adalah satu budaya yang penting dalam kehidupan masyarakat Melayu, manakala rumah Melayu Kedah atau Seri Banai dipilih kerana ia terlalu rapat dengan budaya Islam.