Implementasi reka bentuk seni bina rumah tradisional Melayu dalam seni bina rumah moden di Selangor, Malaysia.
Dublin Core
Title
Implementasi reka bentuk seni bina rumah tradisional Melayu dalam seni bina rumah moden di Selangor, Malaysia.
Subject
Alam bina
Description
rumah moden sangat jarang dilihat pada masa kini dan semakin dilupakan keunikan seni bina ini. Permasalahan kajian adalah identiti adat dan budaya sesebuah masyarakat semakin terhakis kerana tidak dihargai. Oleh sebab itu, kajian ini dijalankan untuk meningkatkan identiti adat dan budaya masyarakat dengan seni bina tradisional melayu. Objektif dalam kajian ini adalah mengenal pasti ciri-ciri reka bentuk seni bina rumah tradisional Melayu, mengenal pasti tahap implementasi reka bentuk seni bina rumah tradisional Melayu yang diterapkan ke dalam reka bentuk seni bina rumah moden dan mengkaji langkah-langkah untuk meningkatkan implementasi reka bentuk seni bina rumah tradisional Melayu ke dalam reka bentuk seni bina rumah moden. Metodologi kajian ini adalah kaedah kualitatif iaitu menggunakan instrumen temu bual lima orang responden iaitu tiga orang arkitek dari syarikat kontraktor dan dua orang pemilik rumah tradisional Melayu di sekitar negeri Selangor. Hasil kajian yang diperolehi adalah ciri-ciri tradisional yang boleh diimplementasi dalam rumah moden ada 5 iaitu ukiran, bertiang tinggi, berbumbung panjang, berdinding kayu dan mempunyai bukaan yang luas untuk pencahayaan dan pengudaraan semula jadi. Walau bagaimanapun tahap pengimplementasian seni bina tradisional berkurang disebabkan oleh faktor kewangan tetapi ada beberapa langkah yang boleh diambil oleh arkitek dan pemilik rumah untuk meningkatkannya iaitu dengan mengenalkan seni bina tradisional dengan pelbagai konsep yang unik oleh arkitek dan melantik tenaga mahir dalam mengimplementasi seni bina tradisional dalam rumah moden supaya dapat menjalankan kerja pembinaan dengan lebih teratur. Kajian ini dijalankan supaya dapat meningkatkan identiti adat dan budaya seni bina tradisional ini untuk memberikan gambaran atau idea kepada pihak arkitek mahupun pemilik rumah tradisional supaya seni bina tradisional ini dapat dikembangkan lagi dengan pesat dalam pengimplementasiannya.
Creator
Sarinah Alim
Roshartini Omar
Source
Research in Management of Technology and Business Vol. 3 No. 2 (2022) p. 568-587
Publisher
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Publisher’s Office
Date
2022
Contributor
niam
Type
Journal article
Collection
Citation
Sarinah Alim and Roshartini Omar, “Implementasi reka bentuk seni bina rumah tradisional Melayu dalam seni bina rumah moden di Selangor, Malaysia.,” Meranti, accessed May 21, 2026, https://alambina.nusa.my/omeka/items/show/25.