Buku ini memaparkan dengan terperinci aspek simbolisme dalam konsep binaan rumah Melayu yang merangkumi keseluruhan bentuk, struktur dan hiasan binaan.
Menceritakan rumah ialah tempat tinggal bangsa dan tamadunnya, tempat lahir dan membesar, tempat berlindung dari alam dan menikmati makna alam. Akhirnya rumah menjalin peradaban manusia dengan alam itu sendiri. Dua bahagian ini bertemu di tangga, di…
Menceritakan susun atur sesebuah rumah Melayu tradisional melambangkan sosiobudaya Melayu. Bahagian serambi selalunya diletakkan di bahagian hadapan di mana ia berperanan sebagai ruang menyambut kedatangan tetamu.
Pemilihan rumah bagi projek sulung itu adalah kerana kediaman adalah satu budaya yang penting dalam kehidupan masyarakat Melayu, manakala rumah Melayu Kedah atau Seri Banai dipilih kerana ia terlalu rapat dengan budaya Islam.
Buku ini menggunakan rumah tradisional Melayu Melaka sebagai contoh penulis untuk menghuraikan dan menganalisis tentang konsep ruang, ragamhias dan fungsi rumah Melayu.