Rupa bentuk seni bina adalah manifestasi pengaruh sejarah, budaya, cara kehidupan harian, kepercayaan, adat dan alam sekitar atau kedaerahan sesuatu tempat.
Rumah Bujang Berkembar merujuk dua unit Rumah Bujang Berpeleh dicantumkan dan menjadikan peleh bumbung berbentuk W terbalik, sementara Rumah Bujang Berserambi adalah Rumah Bujang Berpeleh yang ditambah serambi atau beranda di kiri atau kanan rumah.
Minat yang mendalam terhadap senibina tradisional Melayu mendorong seorang usahawan untuk mengumpul dan menghimpunkan rumah tradisional yang berusia lebih ratusan tahun.
Pemilihan rumah bagi projek sulung itu adalah kerana kediaman adalah satu budaya yang penting dalam kehidupan masyarakat Melayu, manakala rumah Melayu Kedah atau Seri Banai dipilih kerana ia terlalu rapat dengan budaya Islam.
Mohd Amin menegaskan pentingnya generasi muda diberi pendedahan mengenai seni pembuatan replika rumah tradisional yang bukan sahaja unik tetapi juga berpotensi menjadi sumber pendapatan.